Hampir Semua Orang Mengalami Masalah Bibir Pecah Merekah

Hampir Semua Orang Mengalami Masalah Bibir Pecah Merekah

Sep 17, 2021

Hampir semua orang mengalami masalah bibir pecah. Merekah, kering, mengelupas dan pecah menjadikan kita tak berasa selesa dan sekaligus merendahkan self-esteem kita di khalayak ramai. Maklumlah, yang bercakap tu menggunakan bibir, dan pastinya orang ramai akan melihat gerak geri bibir kita. Beberapa kajian menunjukkan faktor-faktor yang terlibat mengenai permasalahan bibir ini terdiri daripada faktor cuaca, kurang minum air dan penyakit seperti Cheilitis atau Xerostemia.
Namun sesetengah orang mungkin mengalami keadaan bibir pecah yang teruk yang disebabkan oleh penyakit seperti cheilitis atau Xerostemia. Cheilitis boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan kulit bibir di bahagian hujung merekah/mengelupas.
Anda boleh merawat masalah bibir pecah dengan rawatan mudah dan membuat langkah pencegahan. Namun jika bibir anda menjadi semakin kering dan pecah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor perubatan.

Simptom Bibir Pecah
Kekeringan
Berkuping
Mengelupas
Luka
Bibir Bengkak
Merekah
Berdarah

Apakah yang menjadi punca?

Bibir tidak mempunyai kalenjar minyak seperti yang terdapat di bahagian kulit yang lain. Oleh itu, bibir lebih cenderung mengalami masalah kering dan merekah. Kekurangan lembapan boleh mendorong kepada masalah kekeringan yang lebih teruk.
Ia mungkin disebabkan oleh sama ada perubahan cuaca atau kurangnya perhatian dalam penjagaan diri. Terlalu banyak terdedah dengan terik matahari juga boleh menyebabkan bibir menjadi lebih kering.

Bagaimana cara untuk merawat dan mencegah bibir pecah?

Masalah ini sebenarnya boleh dirawat sendiri di rumah. Perkara utama yang harus dilakukan adalah memastikan bibir anda cukup lembap. Ini boleh dilakukan dengan:

Menyapu bam pelembap pada bibir sepanjang hari.
Minum air lebih banyak.
Mengelakkan cuaca/persekitaran sejuk atau menutup mulut anda dengan kain/penutup.

Cahaya matahari juga boleh menyebabkan bibir pecah. Anda boleh menggunakan bam pelembap bibir yang mengandungi sekurangnya SPF 15 sebelum keluar dari rumah. Tetapi jika bibir kering tersebut masih berterusan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

MLG Skin solution memperkenalkan MIRACLE LIPSTICK yang sesuai untuk keadaan bibir kering atau rosak.
Kandungan MLG serum dari bahan alami berkeupayaan melembapkan bibir, menyihatkan bibir dan mencerahkan bibir yang hitam.


Follow Us

About Us

Pembuatan produk homemade dan pembekal kecantikan keluaran SPAKG

Our Album