Azam Aafiyat 2020 Tahukah Anda Sesi Senaman Orang

Azam Aafiyat 2020 Tahukah Anda Sesi Senaman Orang

Jan 24, 2021

AZAM AAFIYAT 2020
TAHUKAH ANDA?
Sesi senaman orang dewasa ialah 30 minit sehari. Jika anda meluangkan senaman 30 minit sehari melakukan aktiviti fizikal, ia bersamaan 2.1% daripada keseluruhan masa anda dalam sehari.
SENAMAN APA YANG SESUAI UNTUK ANDA?
Antara senaman aerobik yang boleh dipilih ialah berjalan pantas, berjoging, berenang, berbasikal, bermain badminton atau mendaki bukit.
Sebaiknya bersenamlah dengan intensiti sederhana. Antara cara mudah untuk mengetahui intensiti sederhana ialah anda masih boleh bercakap ketika bersenam.
Bagaimana anda tercungap-cungap untuk menyanyi. Jika anda masih boleh menyanyi dengan baik, bermakna intensiti senaman anda masih belum mencapai tahap sederhana.
Walaupun disarankan bersenam 30 minit sehari, sebenarnya anda tidak perlu memaksa badan mengerah tenaga menghabiskan tempoh minit satu sesi kerana ia boleh dipecahkan kepada dua atau tiga sesi mengikut kelapangan dan keselesaan.
Anda boleh lakukan senaman selama 15 minit pada setiap pagi sebelum pergi kerja. Kemudian, sambung sesi senaman ini pada waktu malam selama 15 minit lagi.
SENAMAN 'INDOOR' ATAU 'OUTDOOR'?
Tidak perlu pergi ke gimnasium atau menyertai kelas senaman tertentu kerana berjalan setempat dengan mengangkat kaki agak tinggi di depan televisyen sambil menonton rancangan kegemaran juga sudah memadai.
Bagi memberi semangat, anda boleh memuat turun klip video pelbagai sesi senaman dalam rumah daripada Internet untuk diikuti. Jadi anda akan berasa seolah-olah berteman dan ia dapat mengelakkan kebosanan.
Tambahkan intensiti senaman anda dengan menaiki tangga di rumah. Jika tiada tangga, bolehlah membuat lompatan skip atau lompat bintang (melompat sambil menepuk tangan di atas kepala) mengikut kemampuan.
TAMBAHKAN AKTIVITI KARDIOVASKULAR DALAM SENAMAN
Pada masa sama, jangan lupa masukkan aktiviti menguatkan otot sebanyak dua kali seminggu. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan ialah mengangkat bebanan, menggunakan getah senaman dan bangkit tubi.
Cari aktiviti yang boleh menggerakkan bahagian badan yang berbeza - kaki, pinggul, dada, perut, bahu dan lengan.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#azamaafiyat2020


Follow Us

About Us

Pembuatan produk homemade dan pembekal kecantikan keluaran SPAKG

Our Album